Thursday, June 23, 2011

Ingin aku..



Maha SUCI Allah.. Alhamdulillah~

Tulisan ini bertaip rawak tanpa rancang.. Ia menjadi mengikut rasa yang dirasa.. Rasa yang tidak mahu dilepas.. Tidak mahu dipecahkan sinar buih nipis yang terbang di awan ini.. dengan balingan sekecil kemuncup pun. Tidak mahu.


Aku mengamati, buih dipermukaan air selautan terlalu banyak, tidak terkira.. Namun berapakah buih yang timbul itu mampu terbang..? Adakah?

Buih dikala kita bermain pakaian yang dibasuh pun jarang berterbangan.. jika tidak kita yang menimbulkan dan meniupnya...

Kita tidak mahu menjadi buih yang banyak dan tidak berfaedah untuk diri, apatah lagi bermanfaat untuk orang lain..


Tapi aku masih mahu menjadi buih.. Namun buih yang mampu terbang dan mampu mengukir senyuman di wajah mereka yang berbahagia melihatnya.. 

Aku mahu menjadi buih yang bertemankan zarah bayu dan terbang setia menemani mereka yang tidak bosan dengannya..

Aku mahu menjadi buih yang mampu terbit dan ditiup tetapi juga dijaga dengan penuh kasih oleh sang peniupnya..

Aku mahu menjadi buih yang tidak banyak tetapi mampu melapangkan jiwa mereka yang merindukan kedatangannya..


.. Namun kerana syaratnya.. buih itu akhirnya akan pecah jua..

Tetapi ingin kupastikan agar ia pecah dengan menitiskan biasan air yang menyejukkan perinduNya~


Ingin aku tetap begini~
Inginkan kalian--? ^,

1 comment: