.. Hampir seminggu cuti. Masa memecut terlalu pantas bagiku. Terduduk. Dek kerana tidak berjaya berbuat sesuatu yang bermakna untuk diri, apatah lagi buat insan terdekat. Aku masih tidak mencapai apa- apa yang wajib aku capai.
Putus asa? Tidak. Namun, harus ku pandang diri: jika lisan mengatakan tidak, adakah jasad menghalakan diri ke arah pembangkitan? Ada atau tidak penambahbaikan berlaku saat ini dari saat lepas? Jika kekal begini; samalah keadaannya dengan- putus asa.
12:87
Tidak. Dan jasad pun bangkit tanpa lengah tanpa tunggu. Ayuh. Dan tangan pun menekan lantai pembaringan. Bangunkan jasad yang berat. Ringankan hati, ringankanlah anggotamu. Layangkan ia ke puncak. Puncak cita. C-I-T-A.
Tanya dirimu: “Apakah citaku?”
--- Layakkah kita menentukan sendiri cita- cita kita?
51:56
2:30
--- Sungguh, aku amat sombong pada Yang Menciptaku jika aku menentukan sendiri hidupku.