Friday, June 8, 2012

Kala Sunyi... ^^ Aku sudah punya 'teman'




.. Menjengah blogku setelah sekian lama membiarkan tanpa nafas..

-- Blogger profile--
-- On Blogger since November 2008--
-- 20 Nov 2010: first published post--
-- 23 Jun 2011: last published post--
-- 10 posts ONLY--
-- NOW: 9 Jun 2012--

Jadi...

Saya sudah terjun ke alam blogspot dalam kira- kira hampir 4 tahun.. Namun, melihat bilangan post yang ada.. terasa sungguh, sungguh kerdil. Kerdil dalam segala hal... Betapa ceteknya kandungan ilmu yang ada dalam jiwa. Dan kini, saya hanya menaip, tanpa sebarang kajian mendalam, tanpa aturan isi. Sekadar ‘memerhati’ ke dalam diri. Namun masih mengharap ‘sesuatu’ yang lebih. Untuk lebih baik. 

Antara kata- kata hikmat daripada Saidina Ali karamallahu wajhah iaitu:

"Sekiranya hari ini lebih baik daripada semalam, maka berbahagialah orang itu. Sekiranya hari ini adalah sama dengan hari semalam, maka sia- sialah orang itu. Sekiranya hari ini lebih buruk daripada semalam, maka celakalah orang itu." (sumber rujukan: alam maya)

Begitu diri. Aku melihat diri masih kurang daya usaha untuk mengkaji ilmu, sedangkan,

Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. (Surah Al- Isra’: ayat 36)

Maksud dari ayat Al- Quran di atas ialah seorang muslim jangan mengikuti seseorang tanpa dalil dalam beragama maupun muamalah yang kita tidak mengetahui akal hal tersebut baik atau tidak, benar atau salah. Yang dibenarkan bagi seorang muslim ialah bertanya bukan mengekor. (http://cipto.net/janganlah-kamu-mengikuti-apa-yang-kamu-tidak-mempunyai-pengetahuan-tentangnya/)

Allahuakbar... Begitu banyak masa sudah terbuang... Begitu banyak hati telah terasa... Begitu banyak jiwa telah melara.... dengan kejahilan diri.

Sekarang, jiwa terasa sungguh mahu membaca dan terus membaca tanpa jemu... Dan alangkah indahnya jika hari- hari boleh mengadap guru.. Indahnya jika hari- hari boleh mengadap para alim ulama.... Indahnya jika... hari- hari diberi peluang mengadap kekasih Allah, Rasulullah SAW.....

Di dalam bukunya ‘Wawasan Quran’, M. Quraish Shihab menjelaskan perkataan iqra’ itu diambil daripada kata akar yang membawa maksud menghimpun. Kemudian, lahir perkataan- perkataan seperti menyampaikan, menelaah, mendalami, meneliti, mengetahui ciri sesuatu, dan membaca. 

Oleh itu, iqra’ bermaksud bacalah, telitilah, dalamilah, dan ketahuilah ciri- ciri sesuatu. Membaca bukan tertakluk pada teks bertulis sahaja. Kita dapat membaca dan meneliti isyarat- isyarat alam, tanda- tanda zaman, dan sejarah. Sikap dan peribadi manusia juga dapat kita baca. Justeru, suruhan iqra’  Allah itu merangkumi segala jenis perkara (Muhammad Hasan Al- Basri; 2011).

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ * خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ * اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ * الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ * عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ 
 (Surah Al- ‘Alaq: ayat 1-5)

[96: 1] Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.

[96: 2] Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;

[96: 3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;

[96: 4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;

[96: 5] Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

Bersama- samalah kita teruskan bekerja keras dengan perancangan yang baik dan berdoa agar tetap istiqamah atas jalan yang lurus, dengan ilmu. Semoga Allah tetap mengizinkan..

Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar- benarnya, dan janganlah kamu tergesa- gesa membaca Al- Quran sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (Surah Toha: ayat 114).

MasyaAllah.... kiranya tulisan ini menambah simpul, maka leraikanlah dengan kajian.. Andai tulisan ini mengundang keliru, maka ayuh diskusilah secara ilmiah, sama- samalah kita berusaha bertanya pada yang pakar dan merujuk sumber asal... Dan pastinya tulisan ini sungguh banyak lompang, maka tegurilah dengan hikmah... agar diri ini dapat perbaiki. insyaAllah..

No comments:

Post a Comment