Wednesday, November 24, 2010

Hujan Hati



Suka..
Percikkanlah air langit ke wajah,
Waktu- waktu hentakan telapak di kelopakan..
Menadah biasan halus membelai muka kehujanan,
Pepasir putih pantai pun melenyap duka terluka..
Masih merasa itu semua.
Apa lagi yang dimahukan?

Tenang..
Pandanglah jauh ke dalam langit,
Putihnya indah kebiruan..
Cantik, sungguh cantik.
Dari mana hadirnya air?
Putar kitaran sempurna ciptaan Tuhan,
Mengundang awan gelap keberatan,
Menumpahkan air yang menyucikan..
Begitu hidup.
Tidak kan hanya berbasah..
Cerahnya pasti datang..
Apakah tidak cukup sebalik itu?

Sejuk..
Jiwailah pelukan air di awanan..
Ia unik, sungguh unik.
Bagaimana air membentuk air?
Walau ditemukan zarah- zarah,
Tidak kan tercipta oleh insan..
Mudah, ia datang dari Tuhan Yang Maha Penyayang..
Untuk menyejukkan.
Sampai tenang hati yang kemarahan..
Lalu untuk apa kekecewaan?

Alhamdulillah~

(6:12 PM, 17 Zulhijjah; 1431 H)
-Hujan lebat

Tuesday, November 23, 2010

Dia pemuda.. yang hidup jiwanya.


Furkan Dogan (20 Oktober 1991 – 31 Mei 2010) adalah seorang warga negara Amerika dan penduduk tetap Turki yang merupakan orang termuda terbunuh dalam serangan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau seorang pemuda yang baru berusia 19 tahun pada ketika hujan peluru Israel mengakhiri hidupnya di kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei 2010. Furkan Dogan lahir di Troy, New York Amerika Syarikat. Kedua orang tuanya berasal dari Turki kemudian mereka berpindah ke Turki ketika Furkan berusia dua tahun. Ayah beliau, Ahmet Dogan, lulusan dari Rensselaer Polytechnic Institute dengan gelaran MBA dalam bidang perakaunan, adalah pembantu profesor perakaunan di Universiti Erciyes.

Furkan sedang merakamkan serangan Israel ketika seorang komando Israel melepaskan tembakan pertama menghala tepat di wajahnya. Lima tembakan telah dilepaskan kearah Furkan meyebabkan dia mati dengan wajah yang tidak dikenali. Autopsi mendedahkan, Furkan telah ditembak di hidung, punggung, belakang kepala, kaki kiri, dan pergelangan kaki kiri, pada jarak 45 cm.

Saturday, November 20, 2010

Tentang Sesuatu~



Bismillahirrahmanirrahim..

Ibu. Dan ayah. Dua insan yang tiada galang ganti jika pergi.
Mereka. Sanggup berkorban nyawa, jiwa, harta, dan segalanya demi kita,
Tiada bayaran atau balasan yang diharap.
Merekalah. Yang bersakit untuk kita.
Yang. Dahulukan kita melebihi segalanya.
Jika kita tidak makan, mereka turut tidak makan.
Jika ada makanan yang sedikit, kita yang didahulukan.
Jika kita gembira, mereka lebih gembira.
Jika kita bersedih, mereka lebih bersedih.
Kita berkongsi semua cerita dengannya.
Cereka bahagia mahupun duka.
Namun, mereka hanya berkongsi bahagia untuk kita.
Tidak sanggup melihat kita menangis.

Ibu. Dan ayah.
Sanggup menggantikan nyawa mereka untuk kita.
Adakah kita juga mampu berjanji dengan nyawa untuk mereka?