Saturday, June 8, 2013

Kisah Senja



Senja nan merah,
Tenggelam kecerahan,
Mendatang kegelapan,
Perlahan merangkak,
Sepertinya tidak mahu mati,
Namun hilang jua.

Tidak, tidak mengapa!
Kerana subuh pasti menjelang,
Matahari pasti timbul,
Sinar pasti kembali,
Hidup pasti bercahaya,
Bila senja mengenal bahagia.

2 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah..insya allah!
      muga maknakata.com juga terus menyinar langkahnya,,

      Delete