Saturday, June 8, 2013

Seharum Sahabat



Sejuk melihatmu,
Walau teriknya mentari,
Melangkah perlahan sendiri,
Silau mencari-cari..
Mengintai harap,
Adakah di sana sekeping hati,
Dan aku temui.

Sejuk melihatmu,
Walau getarnya hati,
Teruji berkali,
Dalam gelapnya lagi,
Tidak lama bermimpi,
Kerana bahagianya hati,
Kau di sisi.

Sejuk melihatmu,
Walau lemahnya kaki,
Kau membinaku,
Dalam sabarnya hati,
Kau melindungi,
Dalam rahmah ilahi,
Apa lagi mahu hati?

Sejuk melihatmu,
Hati menangis,
Adakah lagi?

Sejuk melihatmu,
Walau kau kan pergi,
Haruman raihan kian menyuluh ‘ain.

No comments:

Post a Comment