Saturday, November 20, 2010

Tentang Sesuatu~



Bismillahirrahmanirrahim..

Ibu. Dan ayah. Dua insan yang tiada galang ganti jika pergi.
Mereka. Sanggup berkorban nyawa, jiwa, harta, dan segalanya demi kita,
Tiada bayaran atau balasan yang diharap.
Merekalah. Yang bersakit untuk kita.
Yang. Dahulukan kita melebihi segalanya.
Jika kita tidak makan, mereka turut tidak makan.
Jika ada makanan yang sedikit, kita yang didahulukan.
Jika kita gembira, mereka lebih gembira.
Jika kita bersedih, mereka lebih bersedih.
Kita berkongsi semua cerita dengannya.
Cereka bahagia mahupun duka.
Namun, mereka hanya berkongsi bahagia untuk kita.
Tidak sanggup melihat kita menangis.

Ibu. Dan ayah.
Sanggup menggantikan nyawa mereka untuk kita.
Adakah kita juga mampu berjanji dengan nyawa untuk mereka?

Ibu. Dan ayah.
Segala- galanya adalah kita setelah ALLAH.
Adakah kita menganggap mereka segala- galanyanya setelah ALLAH?

Dan sembahlah ALLAH dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak- anak yatim, orang- orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki, Sungguh, ALLAH tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri, iaitu orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyembunyikan kurnia yang telah diberikan ALLAH kepadanya. Kami telah menyediakan untuk orang- orang kafir azab yang menghinakan.
(Surah An- Nisa, 84: ayat 36)


Maka..
Wahai diri, wahai mereka yang bergelar anak,
Lakukanlah sesuatu.
Jika anak benar bergelar anak.
Kerana ibu dan ayah.
Telah terlalu banyak melakukan sesuatu itu sehingga mereka telah bergelar ibu, dan ayah.
Mereka telah berbuat segala dan hanya bersedia untuk mengadap ALLAH.

Tidak ingin terlambat!
Allah, permudahkanlah kami untuk berbuat baik kepada ibu dan ayah.
Doa mereka untuk kami, akan kami balasi dengan doa juga..
Ingin kami janji dan lakukan dengan nyawa.
Akan cuba.. untuk berkorban.
Kerana pengorbananmu ibu, ayah,
Hanya ALLAH Maha Membalasnya.

Dan fahamilah,
Hanya cinta ALLAH dan Rasul ALLAH,
Akan sempurnakan cinta pada ibu, dan ayah..

Lakukanlah sesuatu.
Untuk mereka.

Doa Untuk Ibu Bapa

Ertinya: Ya Allah! Ampunilah aku dan ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.

Alhamdulillah~
-Salam eidul adha 1431 Hijriyyah kepada semua..-

No comments:

Post a Comment