Sunday, December 26, 2010

" Surprise..!"



~ Sekadar tulisan di hujung perasaan. ‘Enjoy’ it~

***********

“ Anak kita dah bijak, bang.. Dia dah pandai putar belit soalan dan kenakan auntie dia. Tergelak saya, bang.” Cerita Maya pada suaminya. Hanya gelombang di corong telefon pengubat rindu suara.

“ Ha.. Dulu, anak kita tu sukar nak bercakap kan, sayang?”

“ Yelah bang. Sekarang dah banyak cakap sangat. Sayang tengok keletahnya pelik betul. Dia asyik berlagak seperti orang dewasa.. Bila auntie dia nak ajar baca, auntie dia yang last- last diajar baca. Bila auntie dia nak suapkan dia makan, auntie dia yang kena suap.”

“ Iye ke. Aha.. Takpalah. Dia nak jadi cikgu tu, macam mama dia, sebab tu dia yang nak ajar orang baca.”

“ Tak, bang. Bila auntie dia tanya nak jadi apa bila besar, dia nak jadi bomba macam abang!”

“ Haha.. Sayang jagalah anak kita tu baik- baik ya.. Maafkan abang asyik keluar kursus lama..”

“ Takpa.. Jarak ini lah yang mengajar kita erti rindu..”

“ Sayang..”

“ Ya, bang?”


“ Takda apa... Sayang, abang dengar macam ada orang bagi salam je. Cuba jenguk kat bawah rumah tu, mana tahu ada tetamu datang.”

“ Ok, sekejap ya.”

-----------

“ Abang!!”

Surprise! Ehhe..”

“ Abang selalu macam ni. Nak balik tak bagitahu..” Muncung muka Maya menunjuk rajuk.

“ Ala, yang penting, abang selamat sampai.. Ha, tak rindu kat abang ker?”

Pantas, Maya mendapatkan suami dan merangkulnya erat.

“ Abah! Abah kita dah balik, abah kita balik!” Si kecil Alia juga cepat- cepat mendapatkan ayahnya. Mereka bertiga larut dalam pautan kasih dan sayang.

***********

“ Abang, abang kat mana tu?”

“ Abang kat pejabat lagi, sayang. Belum pulang.. Ada dua kes lemas pagi tadi, baru je selesai. Sayang dah makan?”

“ Dah. Anak kita pun dah. Abang mesti tak makan lagi kan?”

“ Rindu, makan lagi kenyang.. Ehe..”

“ Abang memang.. Nakal.”

“ Sayang, bos tak bagi pulanglah hujung mingggu ni.. Hum..”

“ Alah, abang memang macam tu. Tup tup dah tercegat kat depan tangga rumah.”

“ Betul ni. Abang kena jaga junior yang baru masuk kursus.”

“ Takpalah, bang. Macam tak biasa.”

“ Tapi abang rindu sangat kat anak kita..”

“ Iya? Kat mama dia tak rindu ke?”

“ Mama dia..? Erm.. Entah. Abang tidur lena je?”

“ Tengok tu, yelah, kita je rindu kat dia.”

“ Ha... Sayang.. Abang rindu sayang lebih dari sayang rindu abang..”

“ Ye ke? Sayang rindu abang lebih rasanya.”

“ Ish, abang rindu sayang lebih..”

“ Tak, sayang rindu abang lebihhh...”

“ Hai, tak mahu mengalah ye. Kita tengok siapa yang rindu siapa lebih.”

“ Ok, kita tengok ya. Tapi, macam mana nak tengok?”

“ Tengok kat bawah rumah.”

“ Hah?”

“ Ala, cepatlah datang.. Dah lama tunggu ni..”

-----------

“ Abang!!”

“ Surprise! Ehee..”

Sekilat langkah, Maya pergi menyalami suaminya. Mereka pun saling memandang meluah kasih.

“ Ha.. Siapa rindu siapa lebih?” Ajuk si suami, Halim, sambil menepuk lembut pipi kekasih hatinya, Maya.

“ Sayang juga..” Maya tetap tidak mahu mengalah.

***********

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam, bang.” Pantas Maya menjawab panggilan yang terpapar nama ‘Abangku Sayang’, seperti biasa.

“ Erk, maaf, saya pegawai polis, Encik Idrus. Ini isteri Encik Halim?”

“ Ya, saya.” Maya kehairanan, melihat kembali nama pemanggil, benar, itu nama buat suaminya.

“ Maafkan saya. Harap puan bersabar. Suami puan telah kemalangan dan sekarang berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Harap puan dapat ke hospital dengan segera.”

“ Abang...”

***********

“ Abang.. Maya cintakan abang..”

Maya menggenggam erat tangan suaminya yang masih tidak sedarkan diri di katil wad kecemasan. Kecederaan di kepala suaminya yang menyebabkan kain balutan berdarah merah membuat Maya tidak putus mengalirkan air mata.

“ Maafkan saya. Semua barang kepunyaan suami puan ada di Balai Bomba Chukai. Suami puan dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk dan kemalangan di Highway Bukit Timah pada pukul 5.30 pagi.” Ringkas, seorang pegawai polis menerangkan kejadian yang telah berlaku.

“ Emh. Terima kasih..” Maya sekadar mengangguk hambar. Matanya kekal tidak mengalih pandangan terhadap suami tercinta.

***********

“ Di sini semua barang abang ipar awak, Encik Halim, yang ada dalam kereta.” Maisarah merenung kosong barang- barang kepunyaan abang iparnya yang telah kemalangan itu, sambil tangan mengusap lembut kepala anak saudaranya, Alia.

Handphone abah!” Si kecil Alia deras sahaja menggapai handphone abahnya yang sungguh dikenalpasti di tangan pegawai bomba yang bercakap tanpa sempat dihulur kepada Maisarah.

“ Maafkan dia, encik.” Maisarah menundukkan kepala sedikit tanda meminta maaf.

“ Oh, tak mengapa.. Begini, memandangkan abang ipar awak pegawai bomba yang pernah turut sama berkursus dan bertugas dengan kami dan kami cukup mengenalinya, kami akan membantu untuk menghantar semua barang kepunyaannya ini ke balai bomba tempat kerjanya.”

“ Oh, terima kasih encik..”

Sekilas, Maisarah terpandang sejambak mawar putih terselit antara barangan tersebut. Dia terus mencapainya.

“ Abang cintakan sayang lebih..” Maisarah membaca kata- kata yang tertulis pada satu kad kecil berwarna merah hati pada jambakan itu.

Pada waktu yang sama, si kecil Alia yang berumur lima tahun itu menekan- nekan keypad handphone ayahnya, mencari nama ibunya yang sudah dihafal.

“ Mama, mama! Ni handphone abah! Abah kat mana?”

“ Ye, sayang.. Abah ada, kat mama.. Datanglah..”

“ Nanti Alia datang dengan auntie. Tunggu tau! Suruh abah tunggu Alia!”

***********

p/s:

“Sesungguhnya dari nikmat dunia itu, memadai bagi kamu Islam sebagai nikmat. Sesungguhnya dari kesibukan dunia itu, memadailah ketaatan kepada Allah sebagai kesibukan. Sesungguhnya dari peringatan itu, memadailah mati sebagai peringatan.”- Saidina Ali.

2 comments:

  1. Subhanallah..................
    sangat menusuk..
    surprise yg bertukar tragedi..
    betapa ingin membuktikan rasa kasih dan sayang pada orang yg dicintai..
    sanggup berkorban segalanya..
    meredah segala..
    namun..
    mengertikah kita..??
    erti sebenar sebuah kecintaan??
    cinta kepada makhluk hanya kecil..
    tetapi cinta itu akan bernilai n besar hanya apabila didasarkan kepada cinta Allah..
    cinta itulah yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati...
    tidak salah bercinta dan mencintai..
    tetapi perlu tidak melebihi cinta kita hanya untuk-NYA..dan pastinya hanya kepada yang halal bagi kita..
    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  2. .. seorang yang beriman adalah pencintaNya, yang mana cinta atas segala cinta, cinta yang tiada seumpama cinta itu..

    ReplyDelete