Cikgu,
Sungguh.,
Bagiku kaulah ibu,
Melihatku tiada apa yang perlu,
Kau beriku bukan sahaja ilmu,
Tiada kurang kasihmu,
Kau ingin kumaju.
Bukan sekadar di jambatan ilmu,
Tetapi nalurimu,
Inginku bertapak teguh!
Seteguh anakmu.
Cikgu,
Sungguh.,
Tiada kurasa kurangnya ayah,
Adanya dikau bak penyuluh,
Dikala kurindu secebis wajah,
Kau muncul penuh hikmah,
Pernah kupayah melangkah,
Tika hilangnya satu-satu wajah,
Tapi Allah Maha Kuasa!
DiberiNya wajahmu ayah,
Di setiap langkah.
Cikgu,
Sungguh.,
Tiada yang syumul,
Namun kupasrah,
Walau redup kuberserah,
Kerana hidayah kuatur langkah,
Kerana bonda aku tabah.
Sungguh.,
Wasiat itu kugenggam,
Akan kuturunkan jejakmu,
Pada insan selemah aku,
Dalam dirimu,
Bertasbih guru.